Thursday, June 9, 2011

Kenduri: Buffet vs Hidang

assalamualaikum..
hemm cuti sekolah ni banyak lah undangan walimatul urus yang harus dihadiri kan? lagi-lagi kalau hujung minggu.. makan free saja hehe.. ingat lagi, time sekolah dulu ustazah cakap (menurut hadis kalau aku tak silap la) kita wajib penuhi undangan kenduri hinggakan kalau berpuasa sunat wajib berbuka. err betulkan kalau aku tersilap ye. Tapi yang jauh-jauh sangat tu mintak maaf la tak dapat den nak pergi walau hati meronta-ronta nak pegi.

Sebagai tuan rumah yang menyambut tetamu harus la jadi orang paling sibuk. Semua nak urus kan..ini nak tengok, sana nak tengok jugak, nak sambut tetamu lagi, nak layan tetamu lagi..jangan tengah kenduri terpengsan sudah.ini lah gunanya bekerjasama, tolong-menolong. Hari ni umah Cik Timah, esok lusa rumah kita ye tak?

Orang yang dipertanggung jawab tu sila la bertanggungjawab dan ambil la tindakan sewajarnya dan jadilah efisyen. Tak kira la berbayar atau sukarela. Kalau kena sambut tetamu, duduk la kat gate tu,sambut orang, jangan merayau tempat lain. Kalau kena senduk kan lauk, senduk kan je, pastikan semua orang dapat. Kalau kena bagi door gift, pastikan semua tetamu dapat. Kalau kena kemas meja, bersihkkan betul-betul, jangan pinggan je kau angkat, segala tisu, air dan kuah tumpah tu kau biarkan saja. Selain nak berseronok, kita juga membawa nama tuan rumah. Baik servis kita, baik la nama tuan rumah, buruk servis kita, buruk la nama tuan rumah. Cian tuan rumah..

Aku lebih suka makan cara hidang dari buffet. Tetamu rasa lebih dilayan dan dihargai (sebenarnya nak tambah tak malu sangat) dari ceduk sendiri, cari tempat sendiri makan sendiri. Tapi orang yang bertugas hidang lauk, mentara orang utara cakap, biasanya available sampai pukul 3 saja, ye la diorang pun nak kena penuhi jemputan lain jugak. Tak ke pening kalau 1 hari tu ada 5 kenduri, 1 kampung pulak tu..macam mana tu? Last-last meja tak berkemas, pinggan tak berbasuh. Gila tuan rumah sekejap. Time gini buffet jugak bagus.. nasi lauk kau ceduk sendiri,pinggan pun tak banyak guna cuma pastikan bekalan sentiasa ada.

Jadi aku terfikir... Ting! Idea: kita boleh buat bisnes! Bisnes apa tu? Kopi K la sendiri. Haha kedek la kau ni. Haha sharing is caring. Kan bagus kalau kita masuk konsep hidang tu dalam pakej katering? macam dekat hotel tu, tapi bukan semua orang suka nak buat majlis dekat hotel dan ramai yang lebih selesa buat di rumah. Jadi tuan rumah tak payah pening-pening sampai menyebabkan pengsan sebab jamuan. Orang katering boleh uruskan dari masak, menghidang, kemas meja dan basuh pinggan.

Err sesetengahnya orang kampung nya tak setuju kalau kita pakai katering ni. Katanya takde kerja pulak nanti. (rajin sangat la kau nak wat keje kan.. last-last kau tinggal tuan rumah yang pening). Tak payah pening-pening. Wahai orang-orang kampung yang rajin, banyak benda lagi kita boleh tolong ringankan beban tuan rumah. Contoh: sambut tetamu, bagi door gift dan sebagainya. Jangan sedih-sedih lagi ye...

Eh, ke dah ada orang buat macam ni??? hehe aku belum jumpa la pulak ;-P

Tuesday, May 24, 2011

Aktiviti Menarik Cuti Bersalin - episod 2

Duk bertangguh je nak sambung entri lepas.. tu la sibuk sikit sekarang ni. Apa yang aku sibukkan sangat tu? Jeng jeng jeng jap lagi kita cerita pasal tu.. dah, straight to the point, sambungan cekerarama lepas.. aktiviti no 5:

5. Upgrade skill memasak

Diakui aku ni bukanlah golongan yang pandai dan rajin memasak. Hey, bukan tak rajin sangat cuma ikut mood jugak hehe. Jadi gunakan sepenuhnya masa cuti ni dengan meningkatkan kemahiran memasak kita. Macam mana? Masak saja la Kak Gayah oi. Nak lagi gempak boleh hadiri kursus-kursus memasak yang ada, contoh; Kursus 1 Malaysia di kolej komuniti hanya mengenakan yuran RM20 untuk sesi lengkap (contoh: 3 hari) datang bawak duit ja, barang lain semua dah disediakan termasuk nota. Best kan..

Hemm aku try kat rumah ja, agak susah aku nak terlibat dengan kursus-kursus ni sebab tak ada baby sitter huhu.. Kalau kat rumah senang, kau google je resipi pilihan hati, nampak sedap, kirim mak barang yang tak cukup tu..

Antara yang aku sempat cuba: sambal sotong, udang butter, masak lemak udang, steambot, kek coklat lembab kukus (tak jadi sangat masa masak naik cantik bila sejuk benyek cam bengkang warghh.Tips: kazen aku cakap, ikut ja masa memasak yang dicadang tu, pastu nak test dah masak ke belum, tunggu kek tu dah sejuk sikit baru test. Aku punya jadi hudus sebab kejap-kejap bukak sampai dia merajuk mendak ke bawah.haih kek pun pandai merajuk.) nasi ayam lum sempat 'alarm' ni selalu bunyi huhu..


6. Upgrade skill menjahit

Skill menjahit aku yang ciput ni sempat la di upgrade. sebelum ni terer jahit jelujur, silang pangkah, jahit butang tu boleh la... aku sekarang da boleh jahit:
  • manik - sape-sape nak tempah jahit manik dah boleh tempah dengan saya ye hehe: belajar dengan bonda. Tengkiu mak
  • baju kurung - sebelum ni duk belajar sekerat-sekerat jalan je huhu. mak siap nak bagi aku mesin jahit hehe. Jadi anda juga boleh tempah baju kurung dengan saya hehe. : belajar dengan Cikgu Hayati (Selamat hari guru)
  • tudung segera, tudung pusing, tudung siti, tudung syiria - paling best buat tudung syiria: belajar di kolej komuniti bayar Rm 20 sahaja untuk 3 hari

7. Menjadi petani moden

Berbudi kepada tanah. iye-iye je aku ni, tanah dua tiga pasu je. Boleh la menanam tanaman herba macam daun kari, daun pandan, daun kesum untuk kegunaan dalam masakan kita. kadang-kadang nak pakai sikit je, duan kari umpamanya, dekat kedai jual sejambak tuh tak kan kena masak yang berunsur daun kari selama seminggu? huhu.. sebagai konklusi, tanam je sendiri, selain berbudi kepada tanah, kita juga boleh dapat hasil


8. Blog

Dah lama blog ini ditinggalkan bersawang dan berdebu. Kesempatan yang ada ni kita kemas-kemas, sapu sana sini, tambah apa yang patut.


9. Mengkreatifkan otak.

Aku gak jadi orang upahan buat hantaran adik aku nak bertunang tak lama lagi. (aku buat seikhlas hati) Gambar tak boleh upload lagi sebab majlisnya belum sselesai lagi. Nanti tak seperais le kan hehe..


10. Berangan

Berangan nak buat itu, berangan nak buat ini.. tapi bukan angan-angan kosong, aku cari maklumat tau! Nanti kita cerita panjang lagi bab berangan ni. Bila dah jadi realiti, aku akan cerita dengan bangga angan-anganku itu. Kalau cerita sekarang takut tak menjadi pula. huhu


Eh eh.. da cukup 10 ke? aku macam ada idea lagi.. cukup la 10 tu ehe. Jadi ibu-ibu bercuti berpantang yang anggun, isikan masa anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah ye. Lebih puas jika yang menampakkan hasil. Bak kata prof Izzi Hj Ali: Renung-renungkan dan selamat beramal. Adios~

Monday, May 16, 2011

Aktiviti Menarik Cuti Bersalin

Seronok dapat cuti ni kan. Kakitangan kerajaan leh dapat cuti bersalin sampai 90 hari, almost 3 bulan tu.. Alhamdulillah. Mak aku cakap, dulu-dulu time dia besalin kat aku dapat cuti 40 ari je, lum abes pantang lagi pun.. tu pun tak larat lepak rumah, naik keje tangan dah keras nak menulis dah lama tak eksesais tangan la ni. Jadi aku yg cuti lebih 50 ari dari mak aku macam mana? mesti lagi bohsan kan... Ish mana boleh jadikan cuti ini bohsan. Bukan senang nak dapat cuti lama-lama gini.

Hemm sebagai mengisi masa-masa terluang yang ada, aku senaraikan 10 aktiviti menarik untuk dilakukan oleh para ibu yang jelita. *wink*

1. Menjaga kekasih hati yang baru
Jangan salah paham, kekasih baru di sini ialah baby kita yg kiut miut.

Auni masa sebulan

Sekaranglah masa yang paling penting dalam fasa bergelar fist timer ibu. Sekaranglah masanya kita berkenalan dengan baby, ikuti perkembangannya (rasa teruja tengok perkembangan dia setiap hari), dekati peribadinya (jangan tak tahu, Auni baby yang sensetif tapi berdikari hehe). Masa untuk praktis supaya lebih cekap bila dah kena kerja balik tak la terkial-kial nak uruskan baby buah hati kekaseh jantung hati.


2. Shopping barang baby

Hah, jangan ko tak tau Kiah, aku rasa lepas dapat baby ni lagi eksaited aku nak mensopingkan diri, beli barang-barang baby. Dulu banyak shopping barang sendiri, barang rumah, barang dapur, sekarang barang baby paling utama. Kadang-kandang masuk kedai nak cari biskut, keluar nanti usung skali baju baby kurang-kurang sehelai.hehe. It's fun! Hobi baru lah.

hamek kau puas bersomping

3. Spa

Manjakan diri. Lagi best kalau hubby yang belanjakan hehe. Yes we deserve it. Lepas 9 bulan mengusung perut, mengerah tenaga, bergadai nyawa lahirkan zuriat, berpantang itu ini jadi sekarang kita layannn...
tenangnyaa...

bahagianya ada orang tolong massage macam ni...

Haih tak payah susah-susah abeskan duit pergi spa mahal-mahal. Spa kat rumah pun dah cukup best.. Nak tips?? klik kat sini


4. Back to shape
Masa untuk kembali ke bentuk asal atau lebih baik. Tak semua wanita terus jadi ramping dalam tempoh berpantang - macam aku hehe. Jadi perlukan lebih waktu untuk kembali fit. Pelbagai cara boleh kita lakukan, apa pun sanggup asal boleh fit balik

teruskan penggunaan bengkung

guna slimming gel pun boleh

senaman mudah

Anda guna kaedah mana? aku gabung tiga-tiga cara. Kalau tak selim jugak tu tak tau la..




Aktiviti 5 - 10 bersambung ok?? Aku diperlukan sekarang.. sibuk tul kalah rosmah. tu la sape cakap cuti lama-lama ni bosan?? tidakkk



Wednesday, April 27, 2011

Merancang Perbelanjaan #episod 2

Seperti yang dijanjikan, saya akan bagi tips seterusnya.. jadi tanpa melengahkan masa kita terus ke tips yang ke-2. Tips 2 plisss..

Tips 2
Tips ini melibatkan perancangan kewangan setahun. sesuai untuk yang gaji bulanannya tetap. Yang tak tetap tu bukan tak boleh wat cuma sdikit sukar nak rancang la kan unless income tu boleh agak-agak. Cara ni anda akan lebih fokus berapa yang boleh disimpan sebab ada matlamat jumlah yang perlu disimpan dan berapa boleh guna. tak payah cakap banyak, kita tengok je dulu.

Step 1
Senaraikan anggaran aliran kewangan tetap setiap bulan. yang kompem mesti wajib kena bayar punya tiap-tiap bulan. (nak guna dari Tips 1 pun boleh)
Contoh:
Rumah 500
Kereta 600
Bil (api, air, telefon, astro) 150
Petrol 100
Barang dapur/makan/ rumah 200
Jumlah 1550


Step 2
senaraikan anggaran pendapatan anda setiap bulan sepanjang tahun.
Contoh:
Jan - 2000
Feb - 2000
Mac - 2000
Apr - 2000
Mei - 2000
Jun - 2000
Jul - 2000
Ogs - 2000 + 500 (bonus raya)
Sept - 2000
Okt - 2100 (perubahan tangga gaji bermula bulan Oktober)
Nov - 2100
Dis - 2100

Step 3
Masukkan anggaran perbelanjaan anda termasuk andaian ke mana lagi duit anda bakal mengalir
Contoh:
Jan - 2000 - 1550 = 450
Feb - 2000 - 1550 - 300 ( balik kampung) = 150
Mac - 2000 - 1550 = 450
Apr - 2000 - 1550 = 450
Mei - 2000 - 1550 - 300 (balik kampung) = 150
Jun - 2000 - 1550 - 1500 (renew road tax + insurans) = - 1050
Jul - 2000 - 1550 - 200 (servis kereta) = 250
Ogs - 2500 - 1550 - 300 (balik kampung) - 1000 (raya) = - 350
Sept - 2000 - 1550 = 450
Okt - 2100 - 1550 = 460
Nov - 2100 - 1550 - 300 (balik kampung) = 160
Dis - 2100 - 1550 - 1000 (bercuti) = - 450

Hoh ada 3 bulan yang berbaki negatif! Jangan risau jika ada negatif... tak pe, sekarang la guna nya perancangan kewangan kita.. kalau tak memang kompem 3 bulan ni kita keje nak pinjam orang je. Ok, bulan yang kita akan berbelanja EXTRA ialah bulan Jun, Ogos (walaupun dah dapat bonus, tetap jadi negatif gak baki nye. haih!) dan bulan Disember (Jangan takut nak bercuti-cuti sebab kosnya ;-) ) Ingat, bulan lain ada berbaki..
jumlahkan baki-baki positif tu = 2970
Jumlah baki negatif = 1850
Baki keseluruhan = 1120
GREAT!! baki keseluruhan adalah positif maka bajet kita dah berjaya. kalau masih negatif harus la anda cut mana-mana yang rasa kurang penting tu.
apa nak buat dengan rm1120 tu? apa lagi masuk tabung la! nak enjoy sket tak salah, jangan sapu sume dah la ;)
dah faham dengan tips 2 ni? Kalau tak faham boleh bincang ;)

p.s: kalau dah kawin dan pasangan juga bekerjaya lagi lah banyak yang boleh disimpan. Yeay! Jadi cepat-cepat lah kawen.

Sunday, April 24, 2011

Merancang Perbelanjaan

25hb adalah tarikh yang ditunggu-tunggukan oleh orang makan gaji macam aku ni.. nape tarikh ni dinanti-nantikan setiap bulan ye??
hari dapat gaji daa..

masa awal-awal kerja dulu aku tertanya-tanya jugak kenapa orang tak sabar tunggu hari gaji ni...bagi aku masa tu tak kisah sangat pasal gaji (masa tu tanggungjawab tak banyak boleh la cakap macam tu hoho). jumlah gaji aku kalu orang tanya aku pun tak tau jumlah tepatnya.. hemm kalu orang nk songlap pun aku tak tau kan.. haih..
kenapa aku tak kisah sangat pasal gaji? nak tau sebabnye? huhu malu lak nak cakap..
sebabnya duit yang bulan lepas ada lagi.. rasa buleh guna sampai gaji bulan depan kot. alhamdulillah walau gaji tak seberapa, tapi tak pernah rasa sesak kalau bab duit ni. Mungkin berkat restu mak abah dan berkat rezeki dari Allah.Alhamdulillah.. Kadang-kadang bila buat bajet bulanan macam tak cukup je..macam sesak je.. (ye memang aku amalkan belanjawan bulanan). tapi Alhamdulillah, rezeki Allah tu datang dari pelbagai cara dan akhirnya cukup je ^_^ Dan alhamdulillah walau dah bersuami dan ber'baby' rezeki tu tak putus.

banyak le pulak membebel nye kan.. haih, back to the point!

Hah! ada orang cakap buat bajet tu untuk orang kedekut je, "macam tersekat je kebebasan nak berbelanja. suka ati aku la nak belanja macam mana, gaji aku titik peluh aku." ye lah kan duit gaji kau suka ati kau la nak belanja macam mana kan.. tapi tidakkah kita terfikir, kita penat-penat kerja sebulan penuh, dengan dedikasinya.. hari gaji pegi bank, bayar sewa, bayar bil, bayar hutang sana, bayar hutang sini, bayar sana, bayar sini baki tinggal seratus. nak belanja makan hari-hari lagi.. katakan ada emergency atau kereta rosak.. nak repair kena charge RM200++ mana nak cekau duit? pinjam lagi... begitu la bulan sterusnya sambil menambah hutang.
Ingin ditekankan di sini bajet atau belanjawan adalah kaedah merancang perbelanjaan kita. Supaya kita ada simpanan untuk waktu kecemasan dan supaya kita tak membazir di samping mendidik diri menjadi pengguna berhemah - belanja mengikut keperluan.

Ada beberapa tips untuk kita merancang perbelanjaan ni. (kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan)

Tips 1
Ni yang paling asas, kalau kita nak rasa selesa pastikan ikut petua ni: 50-40-10 atau 40-50-10. Apa tu? Ditegaskan di sini itu bukan lah ukuran badan seseorang ye. Ia adalah:
50% - perbelanjaan,
40% - hutang
10% - simpanan
ATAU
40% - perbelanjaan
50% - hutang
10% - simpanan

Huraian: dari duit gaji kita tu, peruntukan 50% - 40% untuk perbelanjaan. termasuk la belanja dapur, sewa rumah, bil-bil, petrol, untuk bersukaria dan sebagainya. 40% - 50% adalah untuk bayar hutang. ingat maksimum untuk hutang ialah 50% SAHAJA kalau gaji 1000 kalau berhutang tu cukup setakat 500 je. hutang ni termasuk le hutang kereta, hutang rumah (kalau beli rumah), hutang kad kredit, hutang PTPTN dan pelbagai hutang lagi. sebab tu sebelum berhutang kena pikir 80 juta kali, kalu tak alamat asyik bersesak dengan hutang je kan.. manakala 10% untuk simpanan. memandangkan kos sara hidup meningkat, paling busuk pun 10% dari gaji kena simpan- untuk waktu kecemasan. kalau gaji 1000, busuk-busuk 100 kena simpan.


Contoh:
step 1: agihkan duit gaji ikut kumpulan tadi.
katakan gaji sebulan RM2000, maka
  • RM1000 untuk perbelanjaan
  • RM 800 untuk hutang
  • RM200 untuk simpan
Step 2: agihkan peruntukan tu kepada kumpulan yang lebih kecil

Perbelanjaan (RM1000)
  • sewa rumah RM500
  • petrol RM50
  • bil (air, letrik, astro, internet, telefon) RM200
  • belanja dapur RM 200
  • keperluan peribadi RM50
JUMLAH RM 1000

Hutang (RM800)
  • Kereta RM600
  • PTPTN RM100
JUMLAH RM700

Note: baki seratus tu boleh la tambah untuk bahagian perbelanjaan, top up mana yang kurang tu, kalau dah cukup boleh guna untuk bersuka ria lagi bagus masuk simpanan.

Simpanan (RM200)
Biasanya kita ni liat sikit bab simpan ni, cara mudah untuk kita lebih berdisiplin menyimpan. nak tau petuanya? senang je, jadikan ni sebagai perkara nombor 1 kena buat bila setiap kali gaji. anggap la RM200 ni sebagai gaji atau hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja sebulan. ye la yang lain dah agih2 dekat orang lain. untuk diri sendiri? ini la.. RM200 je. lebih bagus jika masukkan dalam akaun lain, berasingan dari akaun gaji tu. kalau tak tangan tu sibuk je nak tekan-tekan mesin atm selagi baki akaun tu tak kurang RM10.

Huh lenguh jari-jari menaip.. eh baru 1 tips ke? tak pe, tips lain akan di sambung dalam entry akan datang.
setakat ni dulu untuk hari ni dengan kata-kata "sikit-sikit lama-lama menggunung jugak"




Saturday, April 23, 2011

Membeli Rumah

wahh it's a long time i didn't update this blog -sambil tangan mengibas-ngibas nak buang sawang...

isu hari ni ialah MEMBELI RUMAH
Nak beli rumah?? Rumah baru ke rumah second hand?(erk orang panggil rumah second hand ke?-tak pe la janji paham). Tak kisah la rumah baru atau rumah second hand janji rumah. Rumah, tanah, emas tu aset macam pelaburan la jugak.. eh aku dah ada aset, tahun lepas baru beli kereta seketul. Err..keta tu bukan aset ye..sebab harganye menurun klu nak trade in. tapi kalau rumah makin lama makin lama makin mahal.

Ish ape aku membebel ni... erm hasrat di hati memang nak ada aset ni. Tapi sebelum wat ape-ape keputusan kita kena la fikir masak-masak dulu, kaji selidik dulu. Perlu ingat ni melibatkan duit ratus-ratus ribu$$ beb. Sebagai orang yang baru bekerjaya amaun itu adalah besar dan melibatkan keputusan yang besar dan memerlukan ketelitian tegok pro dan cont.

Dalam sibuk-sibuk merayau dalam blog-blog orang tetiba jumpa article ni:
(credit to: http://www.matjoe.com)

Nasihat untuk Membeli Rumah Pertama untuk Pelaburan.

Sekali lagi terjemahan temuramah dengan milan doshi, kali ini menjawap tentang Nasihat untuk yg membeli Rumah Pertama untuk tujuan Pelaburan.

Jangan tergesa - gesa. Ramai yang saya perhatikan tergesa2 nak beli hartanah. Peluang yang baik sentiasa ada tidak kira pasaran menaik atau menurun. Persoalan utama ialah 'adakah anda bersedia disaat pelaung yang baik itu datang?'. Bersedia ini termasuk pesediaan mental, emosi dan kewangan. Kenapa persedian tu penting? Biasanya berlaku bila peluang itu datang, seseorang itu tidak ada cukup pengetahuan dan tidak bersedia dari segi kewangan.


Kadang -kadang bila peluang baik datang, kita tak mampu meraihnya. Kadangkala jugak, anda fikirkan ia peluang yang baik padahal hakikat tidak (disebabkan kurangnya pengetahuan). Seperti nasihat saya, melabur untuk diri sendiri terlebih dahulu. Dapatkan pengetahuan, dapatkan mentor, buat jaringan (network) dengan mereka yg mepunyai keinginan (pelaburan) yang sama. Memang setiap org berbeza tapi keinginan dan tujuan yg sama

Memang bagus kalau ada jarangan. Kadang -kadang bila ada peluang membeli hartanah, akan ada rasa ragu-ragu sama ada nak beli atau tidak. Kalau ada network, anda boleh telefon kawan2 untuk mendapatkan beberapa pendapat. Dengan cara ini ia akan menambahkan keyakinan dan ada kalanya memberi input yang kita tidak pernah terfikir. Sebab itulah penting untuk ada pengetahuan, ada jaringan dan dengan itu ada mampu mengambil risiko (membeli hartanah) dengan yakin apabila peluang yang baik datang