Tuesday, May 24, 2011

Aktiviti Menarik Cuti Bersalin - episod 2

Duk bertangguh je nak sambung entri lepas.. tu la sibuk sikit sekarang ni. Apa yang aku sibukkan sangat tu? Jeng jeng jeng jap lagi kita cerita pasal tu.. dah, straight to the point, sambungan cekerarama lepas.. aktiviti no 5:

5. Upgrade skill memasak

Diakui aku ni bukanlah golongan yang pandai dan rajin memasak. Hey, bukan tak rajin sangat cuma ikut mood jugak hehe. Jadi gunakan sepenuhnya masa cuti ni dengan meningkatkan kemahiran memasak kita. Macam mana? Masak saja la Kak Gayah oi. Nak lagi gempak boleh hadiri kursus-kursus memasak yang ada, contoh; Kursus 1 Malaysia di kolej komuniti hanya mengenakan yuran RM20 untuk sesi lengkap (contoh: 3 hari) datang bawak duit ja, barang lain semua dah disediakan termasuk nota. Best kan..

Hemm aku try kat rumah ja, agak susah aku nak terlibat dengan kursus-kursus ni sebab tak ada baby sitter huhu.. Kalau kat rumah senang, kau google je resipi pilihan hati, nampak sedap, kirim mak barang yang tak cukup tu..

Antara yang aku sempat cuba: sambal sotong, udang butter, masak lemak udang, steambot, kek coklat lembab kukus (tak jadi sangat masa masak naik cantik bila sejuk benyek cam bengkang warghh.Tips: kazen aku cakap, ikut ja masa memasak yang dicadang tu, pastu nak test dah masak ke belum, tunggu kek tu dah sejuk sikit baru test. Aku punya jadi hudus sebab kejap-kejap bukak sampai dia merajuk mendak ke bawah.haih kek pun pandai merajuk.) nasi ayam lum sempat 'alarm' ni selalu bunyi huhu..


6. Upgrade skill menjahit

Skill menjahit aku yang ciput ni sempat la di upgrade. sebelum ni terer jahit jelujur, silang pangkah, jahit butang tu boleh la... aku sekarang da boleh jahit:
  • manik - sape-sape nak tempah jahit manik dah boleh tempah dengan saya ye hehe: belajar dengan bonda. Tengkiu mak
  • baju kurung - sebelum ni duk belajar sekerat-sekerat jalan je huhu. mak siap nak bagi aku mesin jahit hehe. Jadi anda juga boleh tempah baju kurung dengan saya hehe. : belajar dengan Cikgu Hayati (Selamat hari guru)
  • tudung segera, tudung pusing, tudung siti, tudung syiria - paling best buat tudung syiria: belajar di kolej komuniti bayar Rm 20 sahaja untuk 3 hari

7. Menjadi petani moden

Berbudi kepada tanah. iye-iye je aku ni, tanah dua tiga pasu je. Boleh la menanam tanaman herba macam daun kari, daun pandan, daun kesum untuk kegunaan dalam masakan kita. kadang-kadang nak pakai sikit je, duan kari umpamanya, dekat kedai jual sejambak tuh tak kan kena masak yang berunsur daun kari selama seminggu? huhu.. sebagai konklusi, tanam je sendiri, selain berbudi kepada tanah, kita juga boleh dapat hasil


8. Blog

Dah lama blog ini ditinggalkan bersawang dan berdebu. Kesempatan yang ada ni kita kemas-kemas, sapu sana sini, tambah apa yang patut.


9. Mengkreatifkan otak.

Aku gak jadi orang upahan buat hantaran adik aku nak bertunang tak lama lagi. (aku buat seikhlas hati) Gambar tak boleh upload lagi sebab majlisnya belum sselesai lagi. Nanti tak seperais le kan hehe..


10. Berangan

Berangan nak buat itu, berangan nak buat ini.. tapi bukan angan-angan kosong, aku cari maklumat tau! Nanti kita cerita panjang lagi bab berangan ni. Bila dah jadi realiti, aku akan cerita dengan bangga angan-anganku itu. Kalau cerita sekarang takut tak menjadi pula. huhu


Eh eh.. da cukup 10 ke? aku macam ada idea lagi.. cukup la 10 tu ehe. Jadi ibu-ibu bercuti berpantang yang anggun, isikan masa anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah ye. Lebih puas jika yang menampakkan hasil. Bak kata prof Izzi Hj Ali: Renung-renungkan dan selamat beramal. Adios~

Monday, May 16, 2011

Aktiviti Menarik Cuti Bersalin

Seronok dapat cuti ni kan. Kakitangan kerajaan leh dapat cuti bersalin sampai 90 hari, almost 3 bulan tu.. Alhamdulillah. Mak aku cakap, dulu-dulu time dia besalin kat aku dapat cuti 40 ari je, lum abes pantang lagi pun.. tu pun tak larat lepak rumah, naik keje tangan dah keras nak menulis dah lama tak eksesais tangan la ni. Jadi aku yg cuti lebih 50 ari dari mak aku macam mana? mesti lagi bohsan kan... Ish mana boleh jadikan cuti ini bohsan. Bukan senang nak dapat cuti lama-lama gini.

Hemm sebagai mengisi masa-masa terluang yang ada, aku senaraikan 10 aktiviti menarik untuk dilakukan oleh para ibu yang jelita. *wink*

1. Menjaga kekasih hati yang baru
Jangan salah paham, kekasih baru di sini ialah baby kita yg kiut miut.

Auni masa sebulan

Sekaranglah masa yang paling penting dalam fasa bergelar fist timer ibu. Sekaranglah masanya kita berkenalan dengan baby, ikuti perkembangannya (rasa teruja tengok perkembangan dia setiap hari), dekati peribadinya (jangan tak tahu, Auni baby yang sensetif tapi berdikari hehe). Masa untuk praktis supaya lebih cekap bila dah kena kerja balik tak la terkial-kial nak uruskan baby buah hati kekaseh jantung hati.


2. Shopping barang baby

Hah, jangan ko tak tau Kiah, aku rasa lepas dapat baby ni lagi eksaited aku nak mensopingkan diri, beli barang-barang baby. Dulu banyak shopping barang sendiri, barang rumah, barang dapur, sekarang barang baby paling utama. Kadang-kandang masuk kedai nak cari biskut, keluar nanti usung skali baju baby kurang-kurang sehelai.hehe. It's fun! Hobi baru lah.

hamek kau puas bersomping

3. Spa

Manjakan diri. Lagi best kalau hubby yang belanjakan hehe. Yes we deserve it. Lepas 9 bulan mengusung perut, mengerah tenaga, bergadai nyawa lahirkan zuriat, berpantang itu ini jadi sekarang kita layannn...
tenangnyaa...

bahagianya ada orang tolong massage macam ni...

Haih tak payah susah-susah abeskan duit pergi spa mahal-mahal. Spa kat rumah pun dah cukup best.. Nak tips?? klik kat sini


4. Back to shape
Masa untuk kembali ke bentuk asal atau lebih baik. Tak semua wanita terus jadi ramping dalam tempoh berpantang - macam aku hehe. Jadi perlukan lebih waktu untuk kembali fit. Pelbagai cara boleh kita lakukan, apa pun sanggup asal boleh fit balik

teruskan penggunaan bengkung

guna slimming gel pun boleh

senaman mudah

Anda guna kaedah mana? aku gabung tiga-tiga cara. Kalau tak selim jugak tu tak tau la..




Aktiviti 5 - 10 bersambung ok?? Aku diperlukan sekarang.. sibuk tul kalah rosmah. tu la sape cakap cuti lama-lama ni bosan?? tidakkk