Thursday, June 9, 2011

Kenduri: Buffet vs Hidang

assalamualaikum..
hemm cuti sekolah ni banyak lah undangan walimatul urus yang harus dihadiri kan? lagi-lagi kalau hujung minggu.. makan free saja hehe.. ingat lagi, time sekolah dulu ustazah cakap (menurut hadis kalau aku tak silap la) kita wajib penuhi undangan kenduri hinggakan kalau berpuasa sunat wajib berbuka. err betulkan kalau aku tersilap ye. Tapi yang jauh-jauh sangat tu mintak maaf la tak dapat den nak pergi walau hati meronta-ronta nak pegi.

Sebagai tuan rumah yang menyambut tetamu harus la jadi orang paling sibuk. Semua nak urus kan..ini nak tengok, sana nak tengok jugak, nak sambut tetamu lagi, nak layan tetamu lagi..jangan tengah kenduri terpengsan sudah.ini lah gunanya bekerjasama, tolong-menolong. Hari ni umah Cik Timah, esok lusa rumah kita ye tak?

Orang yang dipertanggung jawab tu sila la bertanggungjawab dan ambil la tindakan sewajarnya dan jadilah efisyen. Tak kira la berbayar atau sukarela. Kalau kena sambut tetamu, duduk la kat gate tu,sambut orang, jangan merayau tempat lain. Kalau kena senduk kan lauk, senduk kan je, pastikan semua orang dapat. Kalau kena bagi door gift, pastikan semua tetamu dapat. Kalau kena kemas meja, bersihkkan betul-betul, jangan pinggan je kau angkat, segala tisu, air dan kuah tumpah tu kau biarkan saja. Selain nak berseronok, kita juga membawa nama tuan rumah. Baik servis kita, baik la nama tuan rumah, buruk servis kita, buruk la nama tuan rumah. Cian tuan rumah..

Aku lebih suka makan cara hidang dari buffet. Tetamu rasa lebih dilayan dan dihargai (sebenarnya nak tambah tak malu sangat) dari ceduk sendiri, cari tempat sendiri makan sendiri. Tapi orang yang bertugas hidang lauk, mentara orang utara cakap, biasanya available sampai pukul 3 saja, ye la diorang pun nak kena penuhi jemputan lain jugak. Tak ke pening kalau 1 hari tu ada 5 kenduri, 1 kampung pulak tu..macam mana tu? Last-last meja tak berkemas, pinggan tak berbasuh. Gila tuan rumah sekejap. Time gini buffet jugak bagus.. nasi lauk kau ceduk sendiri,pinggan pun tak banyak guna cuma pastikan bekalan sentiasa ada.

Jadi aku terfikir... Ting! Idea: kita boleh buat bisnes! Bisnes apa tu? Kopi K la sendiri. Haha kedek la kau ni. Haha sharing is caring. Kan bagus kalau kita masuk konsep hidang tu dalam pakej katering? macam dekat hotel tu, tapi bukan semua orang suka nak buat majlis dekat hotel dan ramai yang lebih selesa buat di rumah. Jadi tuan rumah tak payah pening-pening sampai menyebabkan pengsan sebab jamuan. Orang katering boleh uruskan dari masak, menghidang, kemas meja dan basuh pinggan.

Err sesetengahnya orang kampung nya tak setuju kalau kita pakai katering ni. Katanya takde kerja pulak nanti. (rajin sangat la kau nak wat keje kan.. last-last kau tinggal tuan rumah yang pening). Tak payah pening-pening. Wahai orang-orang kampung yang rajin, banyak benda lagi kita boleh tolong ringankan beban tuan rumah. Contoh: sambut tetamu, bagi door gift dan sebagainya. Jangan sedih-sedih lagi ye...

Eh, ke dah ada orang buat macam ni??? hehe aku belum jumpa la pulak ;-P