Tuesday, May 24, 2011

Aktiviti Menarik Cuti Bersalin - episod 2

Duk bertangguh je nak sambung entri lepas.. tu la sibuk sikit sekarang ni. Apa yang aku sibukkan sangat tu? Jeng jeng jeng jap lagi kita cerita pasal tu.. dah, straight to the point, sambungan cekerarama lepas.. aktiviti no 5:

5. Upgrade skill memasak

Diakui aku ni bukanlah golongan yang pandai dan rajin memasak. Hey, bukan tak rajin sangat cuma ikut mood jugak hehe. Jadi gunakan sepenuhnya masa cuti ni dengan meningkatkan kemahiran memasak kita. Macam mana? Masak saja la Kak Gayah oi. Nak lagi gempak boleh hadiri kursus-kursus memasak yang ada, contoh; Kursus 1 Malaysia di kolej komuniti hanya mengenakan yuran RM20 untuk sesi lengkap (contoh: 3 hari) datang bawak duit ja, barang lain semua dah disediakan termasuk nota. Best kan..

Hemm aku try kat rumah ja, agak susah aku nak terlibat dengan kursus-kursus ni sebab tak ada baby sitter huhu.. Kalau kat rumah senang, kau google je resipi pilihan hati, nampak sedap, kirim mak barang yang tak cukup tu..

Antara yang aku sempat cuba: sambal sotong, udang butter, masak lemak udang, steambot, kek coklat lembab kukus (tak jadi sangat masa masak naik cantik bila sejuk benyek cam bengkang warghh.Tips: kazen aku cakap, ikut ja masa memasak yang dicadang tu, pastu nak test dah masak ke belum, tunggu kek tu dah sejuk sikit baru test. Aku punya jadi hudus sebab kejap-kejap bukak sampai dia merajuk mendak ke bawah.haih kek pun pandai merajuk.) nasi ayam lum sempat 'alarm' ni selalu bunyi huhu..


6. Upgrade skill menjahit

Skill menjahit aku yang ciput ni sempat la di upgrade. sebelum ni terer jahit jelujur, silang pangkah, jahit butang tu boleh la... aku sekarang da boleh jahit:
  • manik - sape-sape nak tempah jahit manik dah boleh tempah dengan saya ye hehe: belajar dengan bonda. Tengkiu mak
  • baju kurung - sebelum ni duk belajar sekerat-sekerat jalan je huhu. mak siap nak bagi aku mesin jahit hehe. Jadi anda juga boleh tempah baju kurung dengan saya hehe. : belajar dengan Cikgu Hayati (Selamat hari guru)
  • tudung segera, tudung pusing, tudung siti, tudung syiria - paling best buat tudung syiria: belajar di kolej komuniti bayar Rm 20 sahaja untuk 3 hari

7. Menjadi petani moden

Berbudi kepada tanah. iye-iye je aku ni, tanah dua tiga pasu je. Boleh la menanam tanaman herba macam daun kari, daun pandan, daun kesum untuk kegunaan dalam masakan kita. kadang-kadang nak pakai sikit je, duan kari umpamanya, dekat kedai jual sejambak tuh tak kan kena masak yang berunsur daun kari selama seminggu? huhu.. sebagai konklusi, tanam je sendiri, selain berbudi kepada tanah, kita juga boleh dapat hasil


8. Blog

Dah lama blog ini ditinggalkan bersawang dan berdebu. Kesempatan yang ada ni kita kemas-kemas, sapu sana sini, tambah apa yang patut.


9. Mengkreatifkan otak.

Aku gak jadi orang upahan buat hantaran adik aku nak bertunang tak lama lagi. (aku buat seikhlas hati) Gambar tak boleh upload lagi sebab majlisnya belum sselesai lagi. Nanti tak seperais le kan hehe..


10. Berangan

Berangan nak buat itu, berangan nak buat ini.. tapi bukan angan-angan kosong, aku cari maklumat tau! Nanti kita cerita panjang lagi bab berangan ni. Bila dah jadi realiti, aku akan cerita dengan bangga angan-anganku itu. Kalau cerita sekarang takut tak menjadi pula. huhu


Eh eh.. da cukup 10 ke? aku macam ada idea lagi.. cukup la 10 tu ehe. Jadi ibu-ibu bercuti berpantang yang anggun, isikan masa anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah ye. Lebih puas jika yang menampakkan hasil. Bak kata prof Izzi Hj Ali: Renung-renungkan dan selamat beramal. Adios~

No comments:

Post a Comment