Wednesday, April 27, 2011

Merancang Perbelanjaan #episod 2

Seperti yang dijanjikan, saya akan bagi tips seterusnya.. jadi tanpa melengahkan masa kita terus ke tips yang ke-2. Tips 2 plisss..

Tips 2
Tips ini melibatkan perancangan kewangan setahun. sesuai untuk yang gaji bulanannya tetap. Yang tak tetap tu bukan tak boleh wat cuma sdikit sukar nak rancang la kan unless income tu boleh agak-agak. Cara ni anda akan lebih fokus berapa yang boleh disimpan sebab ada matlamat jumlah yang perlu disimpan dan berapa boleh guna. tak payah cakap banyak, kita tengok je dulu.

Step 1
Senaraikan anggaran aliran kewangan tetap setiap bulan. yang kompem mesti wajib kena bayar punya tiap-tiap bulan. (nak guna dari Tips 1 pun boleh)
Contoh:
Rumah 500
Kereta 600
Bil (api, air, telefon, astro) 150
Petrol 100
Barang dapur/makan/ rumah 200
Jumlah 1550


Step 2
senaraikan anggaran pendapatan anda setiap bulan sepanjang tahun.
Contoh:
Jan - 2000
Feb - 2000
Mac - 2000
Apr - 2000
Mei - 2000
Jun - 2000
Jul - 2000
Ogs - 2000 + 500 (bonus raya)
Sept - 2000
Okt - 2100 (perubahan tangga gaji bermula bulan Oktober)
Nov - 2100
Dis - 2100

Step 3
Masukkan anggaran perbelanjaan anda termasuk andaian ke mana lagi duit anda bakal mengalir
Contoh:
Jan - 2000 - 1550 = 450
Feb - 2000 - 1550 - 300 ( balik kampung) = 150
Mac - 2000 - 1550 = 450
Apr - 2000 - 1550 = 450
Mei - 2000 - 1550 - 300 (balik kampung) = 150
Jun - 2000 - 1550 - 1500 (renew road tax + insurans) = - 1050
Jul - 2000 - 1550 - 200 (servis kereta) = 250
Ogs - 2500 - 1550 - 300 (balik kampung) - 1000 (raya) = - 350
Sept - 2000 - 1550 = 450
Okt - 2100 - 1550 = 460
Nov - 2100 - 1550 - 300 (balik kampung) = 160
Dis - 2100 - 1550 - 1000 (bercuti) = - 450

Hoh ada 3 bulan yang berbaki negatif! Jangan risau jika ada negatif... tak pe, sekarang la guna nya perancangan kewangan kita.. kalau tak memang kompem 3 bulan ni kita keje nak pinjam orang je. Ok, bulan yang kita akan berbelanja EXTRA ialah bulan Jun, Ogos (walaupun dah dapat bonus, tetap jadi negatif gak baki nye. haih!) dan bulan Disember (Jangan takut nak bercuti-cuti sebab kosnya ;-) ) Ingat, bulan lain ada berbaki..
jumlahkan baki-baki positif tu = 2970
Jumlah baki negatif = 1850
Baki keseluruhan = 1120
GREAT!! baki keseluruhan adalah positif maka bajet kita dah berjaya. kalau masih negatif harus la anda cut mana-mana yang rasa kurang penting tu.
apa nak buat dengan rm1120 tu? apa lagi masuk tabung la! nak enjoy sket tak salah, jangan sapu sume dah la ;)
dah faham dengan tips 2 ni? Kalau tak faham boleh bincang ;)

p.s: kalau dah kawin dan pasangan juga bekerjaya lagi lah banyak yang boleh disimpan. Yeay! Jadi cepat-cepat lah kawen.

No comments:

Post a Comment