Sunday, April 24, 2011

Merancang Perbelanjaan

25hb adalah tarikh yang ditunggu-tunggukan oleh orang makan gaji macam aku ni.. nape tarikh ni dinanti-nantikan setiap bulan ye??
hari dapat gaji daa..

masa awal-awal kerja dulu aku tertanya-tanya jugak kenapa orang tak sabar tunggu hari gaji ni...bagi aku masa tu tak kisah sangat pasal gaji (masa tu tanggungjawab tak banyak boleh la cakap macam tu hoho). jumlah gaji aku kalu orang tanya aku pun tak tau jumlah tepatnya.. hemm kalu orang nk songlap pun aku tak tau kan.. haih..
kenapa aku tak kisah sangat pasal gaji? nak tau sebabnye? huhu malu lak nak cakap..
sebabnya duit yang bulan lepas ada lagi.. rasa buleh guna sampai gaji bulan depan kot. alhamdulillah walau gaji tak seberapa, tapi tak pernah rasa sesak kalau bab duit ni. Mungkin berkat restu mak abah dan berkat rezeki dari Allah.Alhamdulillah.. Kadang-kadang bila buat bajet bulanan macam tak cukup je..macam sesak je.. (ye memang aku amalkan belanjawan bulanan). tapi Alhamdulillah, rezeki Allah tu datang dari pelbagai cara dan akhirnya cukup je ^_^ Dan alhamdulillah walau dah bersuami dan ber'baby' rezeki tu tak putus.

banyak le pulak membebel nye kan.. haih, back to the point!

Hah! ada orang cakap buat bajet tu untuk orang kedekut je, "macam tersekat je kebebasan nak berbelanja. suka ati aku la nak belanja macam mana, gaji aku titik peluh aku." ye lah kan duit gaji kau suka ati kau la nak belanja macam mana kan.. tapi tidakkah kita terfikir, kita penat-penat kerja sebulan penuh, dengan dedikasinya.. hari gaji pegi bank, bayar sewa, bayar bil, bayar hutang sana, bayar hutang sini, bayar sana, bayar sini baki tinggal seratus. nak belanja makan hari-hari lagi.. katakan ada emergency atau kereta rosak.. nak repair kena charge RM200++ mana nak cekau duit? pinjam lagi... begitu la bulan sterusnya sambil menambah hutang.
Ingin ditekankan di sini bajet atau belanjawan adalah kaedah merancang perbelanjaan kita. Supaya kita ada simpanan untuk waktu kecemasan dan supaya kita tak membazir di samping mendidik diri menjadi pengguna berhemah - belanja mengikut keperluan.

Ada beberapa tips untuk kita merancang perbelanjaan ni. (kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan)

Tips 1
Ni yang paling asas, kalau kita nak rasa selesa pastikan ikut petua ni: 50-40-10 atau 40-50-10. Apa tu? Ditegaskan di sini itu bukan lah ukuran badan seseorang ye. Ia adalah:
50% - perbelanjaan,
40% - hutang
10% - simpanan
ATAU
40% - perbelanjaan
50% - hutang
10% - simpanan

Huraian: dari duit gaji kita tu, peruntukan 50% - 40% untuk perbelanjaan. termasuk la belanja dapur, sewa rumah, bil-bil, petrol, untuk bersukaria dan sebagainya. 40% - 50% adalah untuk bayar hutang. ingat maksimum untuk hutang ialah 50% SAHAJA kalau gaji 1000 kalau berhutang tu cukup setakat 500 je. hutang ni termasuk le hutang kereta, hutang rumah (kalau beli rumah), hutang kad kredit, hutang PTPTN dan pelbagai hutang lagi. sebab tu sebelum berhutang kena pikir 80 juta kali, kalu tak alamat asyik bersesak dengan hutang je kan.. manakala 10% untuk simpanan. memandangkan kos sara hidup meningkat, paling busuk pun 10% dari gaji kena simpan- untuk waktu kecemasan. kalau gaji 1000, busuk-busuk 100 kena simpan.


Contoh:
step 1: agihkan duit gaji ikut kumpulan tadi.
katakan gaji sebulan RM2000, maka
  • RM1000 untuk perbelanjaan
  • RM 800 untuk hutang
  • RM200 untuk simpan
Step 2: agihkan peruntukan tu kepada kumpulan yang lebih kecil

Perbelanjaan (RM1000)
  • sewa rumah RM500
  • petrol RM50
  • bil (air, letrik, astro, internet, telefon) RM200
  • belanja dapur RM 200
  • keperluan peribadi RM50
JUMLAH RM 1000

Hutang (RM800)
  • Kereta RM600
  • PTPTN RM100
JUMLAH RM700

Note: baki seratus tu boleh la tambah untuk bahagian perbelanjaan, top up mana yang kurang tu, kalau dah cukup boleh guna untuk bersuka ria lagi bagus masuk simpanan.

Simpanan (RM200)
Biasanya kita ni liat sikit bab simpan ni, cara mudah untuk kita lebih berdisiplin menyimpan. nak tau petuanya? senang je, jadikan ni sebagai perkara nombor 1 kena buat bila setiap kali gaji. anggap la RM200 ni sebagai gaji atau hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja sebulan. ye la yang lain dah agih2 dekat orang lain. untuk diri sendiri? ini la.. RM200 je. lebih bagus jika masukkan dalam akaun lain, berasingan dari akaun gaji tu. kalau tak tangan tu sibuk je nak tekan-tekan mesin atm selagi baki akaun tu tak kurang RM10.

Huh lenguh jari-jari menaip.. eh baru 1 tips ke? tak pe, tips lain akan di sambung dalam entry akan datang.
setakat ni dulu untuk hari ni dengan kata-kata "sikit-sikit lama-lama menggunung jugak"




No comments:

Post a Comment